"Memartabatkan Bahasa Melayu melalui Aplikasi Komputer"
Tinta Penulis.....
"bosannya belajar Bahasa Melayu ni"
"Malasah tengok benda yang sama berkali-kali,asyik -asyik benda yang sama"
Sebagaiseorang guru Bahasa Melayu,sudah tentu kita sering mendengar ayat ini yang diujarkan oleh murid-murid kita.Mengapakah mereka sanggup berkata begitu sedangkan niat kita mengajar adalah untuk mendidik mereka untuk menjadi insan yang berguna pada masa akan datang.Mendengar sahaja luahan perasaan murid-murid yang tidak berpuas hati terhadap pengajaran kita sudah tentu akan melemahkan semangat kita untuk mengajar mereka.
Mengapakah hal ini berlaku?
Bagi seorang guru,sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran.Selain menyediakan RPH,guru juga perlu menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) untuk memudahkanya melakukan pengajaran di dalam bilik darjah.Namun,tanpa kita sedari,kita sering terlepas pandang aan aspek keberkesanan BBM tersebut ke atas murid-murid kita.Kita merasakan bahawa BBM yang kita bina itu sesuai dan akan menarik minat murid-murid terhadap pengajaran kita walhal perkara sebaliknya pula berlaku.
Bagaimana mengatasi masalah ini?
Penggunaan teknologi komputer merupakan salah satu cara yang paling berkesan untuk menarik minat murid untuk mempelajari Bahasa Melayu.Selain itu,melalui komputer juga guru boleh mencipta BBM yang menarik untuk digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Oleh itu,dalam laman ini saya akan memberikan sedikit pendedahan kepada anda semua bagaimana menggunakan aplikasi-aplikasi yang terdapat dalam komputer untuk mencari maklumat dan menghasilkan BBM yang ssuai dan menarik untuk meningkatkan lagi mutu Pengajaran kita dalam Bahasa Melayu.



